Kasih Sayang Allah Melebihi Kemurkaannya...

cAhAyA pEtUnJuK


view:  full / summary

Adab Membaca Al-Quran

Posted on February 17, 2011 at 2:50 AM Comments comments (0)


* Membersihkan badan dan berpakaian

* Membersihkan mulut dari sisa makanan dan bau

* Mengambil wuduk

* Mengambil/menangkat Al-Quran dengan tangan kanan

* Membaca Al-Quran di tempat yang bersih

* Menghadap ke kiblat

* Membaca dengan khusyuk dan tenang

* Memulakan bacaan dengan membaca "Aku Berlindung Dengan Nama Allah Dari Syaitan Yang Direjam" kemudian "Bismillah" dan disusuli dengan bacaan Ummul Kitab

* Membaca dengan tartil (perlahan-lahan dan satu persatu)

* Membaca dengan suara yang merdu

* Bacaan hendaklah diserapkan ke dalam hati, memikirkan dan memahami ayat satu-persatu

* Tidak diselang-seli dengan perbualan, bermain-main atau ketawa.


7 pahala dinikmati selepas mati...

Posted on January 26, 2011 at 4:26 AM Comments comments (0)

Dari Anas r.a berkata bahawa terdapat 7 macam pahala yang akan diterima oleh seseoang itu selepas dia mati.


Tujuh perkara tersebut ialah:


1) Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.


2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.


3) Sesiapa yang menulis mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya,


4) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.


5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.


6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.


7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibu bapanya itu. Jika anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.


Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam:


1) Sedekah jariah

2) Ilmu yang beruna dan di amalkan

3) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.

 


Ikhlaskan hati...

Posted on October 29, 2010 at 3:57 AM Comments comments (6)

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan beribadah secara ikhlas kepada Allah dan berpegang teguh kepada Allah."

Surah al-Bayyinah:5


"Wahai orang yang beriman, jangan rosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perbuatan mengungkit-ungkit dan berkelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk (kepada manusia iaitu riak)."

Surah al-Baqarah:264

 

Abu Hurairah berkata, "Saya pernah mendengar RasulAllah berkata, 'Orang yang paling awal diadili pada hari Kiamat nanti adalah:

 

Pertama, orang yang mati syahid. Dia dibawa ke muka pengadilan. Kemudian, Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?'


Orang itu menjawab, 'Saya berperang kerana patuh kepadamu sehingga saya mati syahid.'


Allah berkata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu berperang supaya digelar sebagai seorang yang berani. Dan sememangnya kamu digelar begitu.'

Kemudian Allah memerintahkan orang itu diheret dalam keadaan tertiarap sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.


Kedua, orang yang menuntut ilmu pengetahuan dan mengajar serta membaca Al-Quran. Dia dibawa ke muka pengadilan. Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?'


Orang itu menjawab, 'Saya menuntut ilmu dan kemudian mengajarkan ilmu itu kepada orang lain serta membaca Al-Quran kerana patuh kepadamu.'


Allah berkata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu belajar supaya digelar sebagai ilmuwan dan kamu membaca Al-Quran supaya digelar orang yang pandai membaca Al-Quran. Dan sememangnya kamu digelar begitu.'


Kemudian Allah memerintahkan orang itu diheret dalam keadaan tertiarap sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.


Ketiga, orang yang Allah berikan hidup selesa dan pelbagai jenis harta. Dia dibawa ke muka pengadilan. Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?'


Orang itu menjawab, 'Saya selalu mendermakan harta saya kerana patuh kepadamu.'


Allah berkata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu menderma supaya digelar sebagai dermawan. Dan sememangnya kamu digelar begitu.'


Kemudian Allah memerintahkan orang itu diheret dalam keadaan tertiarap sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.


"Mereka hanya bertujuan menunjuk-nunjuk sembahyangnya kepada manusia supaya disangka mereka orang yang beriman, sedangkan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali."

 

Surah an-Nisa':142


Setiap amalan yang kita kerjakan haruslah dimulakan dengan niat. Niat kita hendaklah ikhlas kerana Allah. bukan kerana inginkan balasan, bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk tetapi lakukanlah kerana kita adalah hambaNya. Kita perlu patuh pada arahanNya dan ingkar pada laranganNya. Allah Maha Mengetahui...dan Dia lebih tahu apa di dalam hati setiap hambaNya. Oleh itu, sama-samalah kita ikhlaskan hati dan diri kita terhadap apa yang kita kerjakan dari yang sebesar-besar hal sehinggalah yang sekecil-kecil hal. Wallahualam...

 

 

 

 

 

 


Peringatan bersama...

Posted on October 29, 2010 at 3:13 AM Comments comments (0)


Berfirman Allah Taala yang bermaksud:


 

"Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.


 

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpul harta.


 

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa.


 

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirehat.


 

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya tetapi dia masih tenang dengannya.


 

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada lidahnya.


 

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.


 

Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.


 

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.


 

Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku."


 

Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah


Pertembungan Dua Dunia

Posted on October 10, 2010 at 12:18 PM Comments comments (4)
Alhamdulillah, ari ini ada someone special suggest nurul letak entry ini untuk renungan kita bersama...terima kasih kerana sudi berkongsi, usaha anda amat nurul hargai. moga kita mendapat 'sesuatu' dan memahami apa yang ingin disampaikan...Renung2kan...


Manusia kini semakin maju,

Setiap hari ada saja teknologi baru,

Semua macam terburu-buru,

Agar tidak menjadi kelu dan kaku

 

Akan tetapi dalam mengejar ketamadunan,

Kini lahir pula masalah pertembungan,

Pertembungan dua dunia dalam masyarakat Islam sendiri,

Dalam menuju dan mencari Illahi

 

Wahai para sahabat sekalian,

 

Memang tidak dapat aku ingin nafikan,

Solat ibadahmu dijaga dengan penuh kesempurnaan,

Khusyuk solatmu bagaikan tiada tandingan,

Program agama kau datang tanpa sebarang alasan,

Masjid dan surau tak pernah kau tinggalkan

Alhamdulillah, semua itu kita doakan,

Agar terus kekal menjadi amalan.

 



Namun begitu , banyak yang ingin dipersoalkan...

 

Kepada para muslimah dan pemudi-pemudi harapan,

Mengapa suaramu masih bertujuan agar tertawan?

Lenggok badanmu masih menjadi tarikan dan siulan,

Apatah lagi auratmu masih menjadi bahan tontonan,

Lengan2 putih melepak masih ditonjolkan,

Pakaian2 ketat masih dikenakan,

Hingga ternampak segala yang patut dirahsiakan.

 

Kepada muslimin dan para pemuda tiang agama pula,

Matamu masih liar memandang perkara2 durjana,

Kepala lututmu masih dibuka tanpa batasan,

Bentuk pusatmu terus ingin dijadikan pujaan,

Tanganmu masih terus mengambil segala2nya,

Fikiranmu masih entah merapu kemana-mana.

 

Pada golongan yang dikata 'tahu agama' pula, kadang2...

 

Amal ibadahmu penuh dengan kesungguhan,

Namun diselitkan pula unsur2 kesombongan,

Semua itu bukan kerana pahala,

Namun mengelakkan kutukan dan kata2,

Kerana jika tak beribadat, nanti kamu dipanggil jahil agama.

 

Bagi golongan yang dikata jahil agama pula, kadang2...

 

Amal ibadahmu memang kau dah tahu kurang,

Tapi kau tetap sombong tak ingin kepada perubahan,

Kau anggap yang lain sebagai orang kolot tak terima permodenan,

Hanya kerana mereka taat buat ibadat dan amalan.

 

Akhirnya, apa yang jadi kesimpulan?

 

Sepatutnya semakin berilmu kita,

Semakin 'bodoh' kita sebenarnya...

Semakin kuat kita,

Semakin sedar akan betapa lemahnya kita berbandingNya...

 

Yang berserban berkata yang berambut perang itu durjana,

Yang berambut perang pula mengatakan yang berserban pandai cakap saja,

Yang bertudung menunding yang tidak bertudung sebagai jahil agama,

Yang tak bertudung pula cakap yang lain suma tak tahu fesyen terkini remaja!

 

Yang berkopiah dikatakan hanya tau menghukum org,

Yang bertopi dikatakan mengikut tabiat barat yang jalang,

Yang bertudung labuh dikatakan tak pandai bergaul,

Yang bertudung biasa pula dikatakan terlebih sgt pandai bergaul!

 

Yang berilmu sombong dgn ilmunya,

Yang jahil bangga dgn kejahilannya,

Yang mengetahui berpura2 tidak tahu,

Yang tidak tahu pula berpura2 tahu...

 

Yang betul disekat,

Yang salah diangkat,

Yang betul masih mengata-ngata,

Yang salah masih mengada-ngada!

 

Yang mencegah mungkar dipecat,

Yang menyuruh maksiat diangkat...

 

Mungkin inilah bukti kebenaran al-Quran,

Ilmu diambil bukan dgn melesapkannya dari ingatan,

Tetapi dengan mematikan org yang berilmu & berkenaan,

Kemudian org yang jahil diangkat sebagai tanda kemodenan,

Mengeluarkan hukum untuk menggantikan hukum Tuhan!

 

Seperti apabila seorang artis islam mengunjungi kelab malam dan telah ditahan,

Bila tahanan remannya dibatalkan,

Selepas itu dia tidak diambil sebarang tindakan,

Perbuatannya dikatakan hak orang zaman sekarang menuju masa depan,

Bukankah itu bagai mengatakan perkara itu betul, walaupun dah memang betul2 bertentangan?

 

Jadi di manakah silapnya?

 

Senang je...kena dua-dua belah pihak sedar, ada feedback, baru senang semua...

 

Yang beramal agama, telitilah kawan2 kita,

Mungkin mereka tak dapat didikan macam kita,

Mungkin mereka tidak tahu hukum sebenarnya,

Mungkin mereka mengharapkan teguran kasih sayang dari kita...

 

So, instead of menjadi 'the punisher',

Apakah salahnya kita menjadi 'the preacher'?

 

Dan bagi yang tahu mereka tidak tahu,

Janganlah asyik bersangka buruk orang bersangka pada kita,

Janganlah kerana mereka tidak dekat kita, kita jauh dari mereka,

Mungkin mereka malu dengan kita,

Mungkin mereka segan dengan kita,

Atau mungkin mereka nak jaga iman mereka.

 

So, instead terus menghukum, apa salahnya bawa perubahan?

Terimalah nasihat sebagai teguran, bukan paksaan,

Kerana redha yang dicari bukan dari mereka,

Tetapi daripada Allah jualah, Tuhan yang Maha ESA!

 

Sahabat-sahabatku semua,

 

Kita berebut2 menunaikan solat2 sunat istimewa,

Namun apabila membuat amalan2 wajib,

Mengapakah kita cepat menjadi penat?

Anggota turut menjadi tenat,

Tubuh badan pula semakin menjadi berat?

 

Itulah mungkin petunjuk dari yang Maha Esa,

Apakah nilai keikhlasan hati kita yang sebenarnya

Dan nauzubilah, harap tak jadi begini pula,

Itulah tanda Allah dah tarik hidayahNYA daripada kita!

 

Namun mungkin ada yang ingin bertanya,

Mengapakah semua ini dipersoalkan sekarang?

Bagaikan ingin menyalahkan semua orang?

Bagaikan ingin menimbulkan kebencian?

Walhal dalam buat perkara baik, perlukah ada sebarang pertimbangan?

Bukankah semua amalan itu sepatutnya semua ikhlas dilakukan kita demiNya?

 

Biarlah apa yang orang lain kata, pedih telinga, asal hati ikhlas, aku peduli apa?

 

Namun ingatlah wahai sahabat2 semua,

Hati ikhlas sahaja tak cukup untuk menampung semua,

Cara dan kaedah perlaksanaan juga mesti setara,

Syariat mesti dipatuh, hukum mesti dijaga.

 

Dalam kita berebut nak buat amal ibadah,

Kita mestilah ambil tahu hukum dan kaedah,

Amalan asas mestilah tidak dilupa,

Janganlah hanya mengejar sesetengah amalan sahaja,

Yang dijadikan adat, tanpa pemahaman yang sebenarnya.

 

Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya,

Oleh itu dalam kita semua beramal bersama,

Ambillah Islam secara keseluruhannya,

Bukan sekerat di situ, sekerat di sini, sekerat di sana,

Mengikut apa sahaja yang kita suka,

Selepas itu kita tinggalkan apa yang kita tak suka,

Bukankah itu hipokrit dan sekular namanya?

 

Yang lagi paling penting...

 

Yang tahu pergilah beritahu mereka yang tidak tahu,

Yang tidak tahu pergilah bertanya kepada yang tahu,

Yang tahu jangan sesekali buat-buat tahu,

Yang tak tahu pula jangan pandai2 buat tahu menahu!

 

Sama2lah kita fikirkan,

Dan saling membuat teguran,

Agar kiasan kali ini datang dengan kesedaran

Dan amalan bukan semata-mata ikutan, bukan dengan kejahilan

Tapi dengan ketaqwaan dan ilmu pengetahuan...

 

Sesungguhnya, ketahuilah...

 

Aku bukannya orang yang baik,

Namun aku cuba berusaha nak jadi orang yang baik.

 

Aku memang orang yang jahat,

Namun aku tetap nak cuba tak jadi orang yang jahat.

 

Aku tak mungkin buat semua orang suka kepadaku,

Tetapi ingin ku cuba membuat ramai orang suka kepadaku.

 

Tapi walau seluruh dunia benci padaku,

Aku tidak kira walau apa berlaku,

Asalkan Allah sayang padaku...


Dalam aku menjadi orang yang alpa,

Aku sangat takut akan siksa dariNya,

Aku takut dimasukkan dalam neraka,

Dibakar api yang menyala-nyala,

Atas dosa dan nodaku yang berlaku sentiasa,

Setiap masa, Di mana jua.

 

Dalam aku menjadi yang taat pula,

Ku takut aku akan jadi sombong dan riak semata,

Buat ibadat demi kepentingan diri sahaja

Meninggalkan kawan2 yang aku sayangi,

Bagaikan ingin masuk ke syurga seorang diri...

 

Sebab itulah agaknya zaman kini,

Lahir ramai yang suka melaknat saudara2 sendiri,

Kafir mengkafir dan menunding jari,

Tanpa berfikir menggunakan hati.

 

Akhirnya, aku berfikir semula,

Ya Allah, kenapa aku diletakkan di aliran mempelajari agama?

Kenapa aku diberikan pengajaran IlmuNya?

Apa akan jadi jika aku tidak mengamalkan?

Segala apa yang telah aku timba dari pengajaran dan pengalaman?

 

Sebenarnya ini adalah satu nikmat,

Nikmat lebih tinggi dari pangkat dan darjat,

Namun ramai yang tak ambil berkat,

Cuma ambil benda sekerat-sekerat.

 

"Sesungguhnya diri ini hanya ibarat seorang tua yang buta matanya, tempang kakinya, pekak telinganya dan lemah tubuh badannya menyalak-nyalak dan bersyair-syair di kaki bukit..."



 

Ya  Allah, jadikanlah ibadah yang kami lakukan kepadamu menjadikan kami lebih takut kepada mu

Ya Allah...jauhi kami dari rasa bongkak dan bangga dengan ilmu dan ibadah yang kami kerjakan.

Ya Allah, sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah...berikanlah aku kekuatan menghadapi dugaan ini. lindungi kami dari fitnah dajal dan bisikan syaitan...amin

 



Rss_feed


Share on Facebook

Share on Facebook

New Update From Me